Pelajaran 21: Wuduk dan Syarat Kesempurnaannya

Assalamualaikum semua😁😁😁

Apa khabar? Anak-anak murid Ustazah sihat?

Ustazah harap semua sihat-sihat belaka dan bersemangat nak belajar hari ini💖

Kalau semua dah bersemangat, ayuh kita sama-sama mulakan pembelajaran kita pada hari ini dengan membaca doa belajar 🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Alhamdulillah. Semoga kelas kita dirahmati. Amin.

✨✨✨

Sekarang, jom sama-sama tonton kita tonton video!



Baiklah, anak-anak pelajar dah boleh teka topik yang akan kita pelajari hari ini?


Ya! Betul! Tepat sekali! Ustazah yakin dan percaya kamu semua dah tahu tajuk apa yang akan kita pelajari hari ni. Tahniah! Terbaik! Tepuk tangan untuk diri sendiri sebab berjaya jawab dengan betul👏🏻

Hari ini kita akan belajar tentang...

✨✨✨


MAKSUD, HUKUM DAN DALIL WUDUK

Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan wuduk🤔?

Maksud Wuduk


Mudah ke mudah sangat maksud wuduk😉? 

Ustazah sediakan akronim untuk mudahkan anak-anak pelajar ingat maksud wuduk dengan baik😍. 

Baiklah, kamu semua dah tahu maksud wuduk, sekarang Ustazah nak tanya, apa sebenarnya hukum kita berwuduk🤨?

Hukum Wuduk


Ohhh...Begitu rupanya hukum berwuduk😎😎😎. 

Setakat ni anak-anak Ustazah faham dan jelas?

Kalau jelas, angkat tangan kamu🙋🏻‍♀️🙋🏻‍♂️

Kalau dah jelas jom kita isi padlet yang Ustazah Nabilah sediakan khas untuk kamu semua🤩
Dalil Wajib Berwuduk Daripada Al-Quran


Ha... Inilah dalil yang mewajibkan kita berwuduk sebelum solat. Kalau kita solat tanpa berwuduk, solat kita tak sah tau 😲!

Kita dah tahu maksud, hukum dan dalil tentang wuduk. 

Persoalannya, bagaimana cara untuk kita berwuduk?

CARA-CARA DAN HUKUM BERKAITAN WUDUK


Video Youtube Cara-Cara Berwuduk 


Dah tengok video cara berwuduk kat atas?

Kalau masih belum jelas, Ustazah sediakan infografik untuk mudahkan kamu melihat. 

Jangan lupa tengok petunjuk kat bawah tu tau😄

Warna awan mempunyai makna tertentu. Jadi kena fokus! Okay🤗!


Infografik Cara-Cara Berwuduk

PETUNJUK:
Awan Putih: Sunat Wuduk
Awan Kuning: Rukun Wuduk

Rukun-Rukun Berwuduk 


Sekarang, Ustazah yakin kamu semua tahu bagaimana cara-cara berwuduk.

Ustazah juga yakin kamu semua dah boleh membezakan di antara rukun dan sunat wuduk.

Betul atau betul😆?

Baiklah, kamu semua kena buktikan apa yang Ustazah cakap tadi betul.

Jom isi jawapan kamu dalam padlet di bawah😎

Made with Padlet

Alhamdulillah! Tahniah! Sekali lagi kamu berjaya mengisi jawapan dengan betul.

Ustazah bangga dengan kamu semua! Teruskan bersemangat ya💪🏻

Baiklah, kita teruskan lagi pembelajaran kita tentang perkara-perkara makruh ketika berwuduk.

Ya anak-anak murid Ustazah, memang ada perkara yang kita ditegah daripada buat ketika kita dalam keadaan berwuduk. Apakah ia? 


PERKARA-PERKARA MAKRUH KETIKA BERWUDUK


1) Menggunakan air secara berlebih-lebihan

2) Basuhan anggota wudhuk melebih tiga kali

3) Berkumur dan bersiytinsyak secara berlebihan

4) Mendahului anggota kiri


Kalau kamu belum jelas lagi, cuba kamu tonton video yang Ustazah Maryana buat khas untuk kamu💖


Video Penerangan Perkara Makruh Ketika Berwuduk 



Macam mana sekarang?

Dah jelas? Makin faham?

Alhamdulillah, syukur sangat🤲🏻🤲🏻🤲🏻

Kalau kamu dah faham, jom sama-sama jawab soalan pengukuhan dengan Ustazah Maryana.

Kamu boleh tonton video dan jawab bersama-sama😄

Uji Minda Bersama Ustazah Maryana
Alhamdulillah. Tahniah anak-anak murid Ustazah.

Mesti kamu kepenatan.

Okay sekarang kita rehat dulu 2 minit.

Tarik nafas... Hembus...

Tarik nafas... Hembus...

Tarik nafas... Hembus...

Alhamdulillah. Boleh kita sambung sekarang?

Boleh? Ini yang buat Ustazah makin sayang dengan kamu semua😃💕

Sebelum ni kita dah tahu perkara yang makruh ketika berwuduk, sekarang kita nak belajar tentang perkara-perkara yang membatalkan wuduk pula. 

Bersemangat ke bersemangat sangat?🤗🤗🤗

Jom tonton video penerangan yang disediakan oleh Ustazah Ain buat kamu🥰

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

Alhamdulillah, kamu semua dah tonton video dan jelas dengan penerangan yang diberikan. 

Kalau dah faham nak kena buat apa?

Mestilah jawab soalan!

Ayuh jawab kuiz yang Ustazah Ain sediakan sama-sama🧐


Uji Minda Bersama Ustazah Ain
Tahniah semua sebab berjaya menjawab soalan dengan baik. 

Jangan lupa simpan markah kamu ya.

Nanti Ustazah berikan hadiah kepada yang komited melaksankan semua tugas yang Ustazah berikan🎁. Insya-Allah.

Ada satu lagi sub-topik yang kita akan pelajari pada hari ini.

Hikmah-hikmah berwuduk!

Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya, apatah lagi tuntutan berwuduk yang diwajibkan ke atas kita.

Ayuh sama-sama kita dengarkan penerangan yang diberikan oleh Ustazah Sofwatul Izzah🤩


HIKMAH-HIKMAH BERWUDUK

1) Membersihkan anggota badan dan menjernihkan rohani.

2) Memberikan ketenangan, kesegaran dan mengawal perasaan marah dan tekanan.

3) Mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid menambah kesempurnaan solat.

4) Menambah keimanan dan keyakinan kepada hari akhirat.

5) Mendapat keampunan Allah SWT dan keluar dosa-dosa daripada basuhan wuduk.

6) Kawasan basuhan wuduk akan bercahaya wuduk akan bercahaya pada hari akhirat.


Video Penerangan Hikmah-Hikmah Berwuduk


Kamu dah tahu dan faham tentang hikmah berwuduk?
Jelas dengan penerangan Ustazah Sofwatul Izzah?

Alhamdulillah, syukur!

Okay, jom jawab soalan ✨

Ustazah janji, ini soalan terakhir yang kamu semua perlu jawab untuk kelas kita hari ini.

Ayuh! Teruskan bersemangat😄

Uji Minda Bersama Ustazah Sofwatul Izzah


Seperti biasa, anak-anak murid Ustazah pasti menjawab dengan bijaksana.

Kalau ada sebarang persoalan berkenaan topik pembelajaran kita hari ini, kamu semua boleh terus bertanya di ruangan komen.

Alhamdulillah, kita telah tiba di penghujungnya. Tahniah anak-anak ustazah berjaya selesaikan hingga ke akhirnya. 

Ustazah doakan semoga setiap ilmu yang kalian perolehi akan mendapat berkat dan redha Allah. Selamat Beramal✨ 

Terima kasih anak-anak ustazah.


✨✨✨✨✨

SENARAI PEMBAHAGIAN TUGAS


RUJUKAN

Comments

  1. Wah canteknye blog ni. terbaik aah Cikgu. Camana cikgu boleh masukkan audio tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. MasyaAllah, perkongsian yang sangat baik. Blog ini saya akan suggestkan kepada anak murid saya. Dengan maklumat yang jelas, juga audio dan video yang sangat menarik. :D

      Delete
    2. Terima kasih 😁 Senang je sebenarnya. Cikgu guna HTML.

      Delete
    3. Ohh.. pandai cikgu ye. Cikgu, len kali buatlah lagi untuk taju lain. heheeh

      Delete
    4. Insya-Allah. Doakan Ustazah semangat selalu untuk buat nota 😁

      Delete
    5. InsyaAllah cikgu. Moga sentiasa dipermudahkan! Terima kasih banyak cikgu sudi berkongsi ilmu.

      Delete
  2. Macam mana ya admin masukkan audio tu ? Boleh kongsikan cara mudah
    untuk saya belajar :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk soalannya. Saya rujuk link tutorial dari https://www.w3schools.com/.

      Delete

Post a Comment